banner banner banner
Lampu Malam (Buku 2 Perjanjian Darah)
Lampu Malam (Buku 2 Perjanjian Darah)
Оценить:
Рейтинг: 0

Полная версия:

Lampu Malam (Buku 2 Perjanjian Darah)

скачать книгу бесплатно

Lampu Malam (Buku 2 Perjanjian Darah)
Amy Blankenship

Kat Santos tidak nampak pemilik Lampu Malam bertahun lamanya. Itu pun setelah Quinn tiba-tiba memutuskan untuk menculiknya dan menuduhnya cuba menerangkap dirinya untuk pembunuhan langsuir. Bila sedar musuh mempermainkan mereka, kedua-dua keluarga itu mengabung tenaga untuk menghentikan langsuir memporak perandakan bandar mereka.

Quinn Wilder selalu memerhatinya dengan mata harimau bintang yang berahi sejak hari dia dilahirkan. Bila dia menjadi remaja, keinginan untuk menjadikannya pacarnya cepat-cepat menjadi pertengkaran antaranya dengan abang-abangnya yang terlalu melindunginya. Bila ayah-ayah mereka membunuh sesama sendiri di peperangan, ikatan antara kedua-dua keluarga itu terputus dan gadis itu disembunyikan darinya. Mengintainya dari jauh, Quinn mendapati peperangan langsuir itu ada baiknya, bila gadis itu terlupa dia disembunyikan.

Kat Santos tidak nampak pemilik Lampu Malam bertahun lamanya. Itu pun setelah Quinn tiba-tiba memutuskan untuk menculiknya dan menuduhnya cuba menerangkap dirinya untuk pembunuhan langsuir. Bila sedar musuh mempermainkan mereka, kedua-dua keluarga itu mengabung tenaga untuk menghentikan langsuir memporak perandakan bandar mereka. Semasa peperangan sulit itu memuncak, api keghairahan juga, kerana apa yang bermula dari penculikan, dengan cepat bertukar menjadi permainan godaan yang merbahaya.

Translator: Azid

Lampu Malam

Buku 2 Siri Perjanjian Darah

Amy Blankenship, RK Melton

Hakcipta © 2012 Amy Blankenship

Edisi Kedua Diterbitkan oleh TekTime

Hakcipta terpelihara.

Bab 1

Quinn Wilder melihat sekeliling pejabat Warren tidak pasti jika mencari siapa yang terlibat dalam pembunuhan itu adalah perkara baik atau tidak. Hampir semua perlawanan menjerit sudah selesai... setidaknya dia berharap ia selesai. Dia menjeling ke Kane sekarang bila langsuir itu membelakangi bilik itu. Kane tidak kisah pun mempertahankan dirinya... Michael telah melakukan itu dengan baik untuknya.

Dia sepatutnya marah pada langsuir berambut perang itu dan patut meminta maaf pada masa sama, tapi sekarang apa yang dirasanya pada Kane adalah ketakutan yang pelik dan, sebagai haiwan pemangsa, dia tidak sukakan perasaan itu.

Kane tersengeh bila melihat ke luar tingkap. Dia perlu mengurangkan bunyi pada pendengaran pemikiran orang lain. Jadi, harimau kumbang dan harimau bintang sudah bersama semula... tidak kisahlah. Apa yang mereka mahu dia lakukan, berdansa gembira?. Tidak apalah, dia tiada keinginan untuk itu.

"Langsuir tanpa roh lebih ramai dari kita lebihkurang sepuluh ke satu. Jika saya ingat betul, Devon adalah pelawan yang kuat. Mungkin kita patut panggil dia dan kembali semula untuk bantu kita", Steven unjur ideanya, "Pada skala tentera Langsuir itu berkembang, ianya akan jadi peperangan yang merugikan kita. Jika kita tidak mengumpul tentera kita sendiri, kita boleh berkemas dan keluar dari Dodge".

"Jika keluarga-keluarga itu tidak menyahkan satu sama lain dari lama dahulu, kamu patut tahu yang Devon sibuk mengejar pacarnya yang tidak berapa setuju separuh dunia sekarang", jawab Kat pada Steven, tapi menjeling Quinn masa berkata itu.

"Sindiran diterima", sengeh Steven. Abangnya dimarahi Kat kerana menculiknya. Menoleh ke Quinn, dia mushkil kenapa abangnya tidak berkata sesuatu tentang Dean yang membantu mereka dengan langsuir berdekatan dengan kelab itu. Ada seorang maklaikat yang jatuh di dalam kumpulan mereka adalah sepatutnya dibanggakan... bukan sesuatu yang patut dirahsiakan.

Dia ada terdengar tentang satu lagi maklaikat yang jatuh yang membantu menyelamatkan pacar Devon dan kawannya, tapi dia sudah meninggalkan mereka bersama Devon dan dua gadis itu, Dean sahajalah harapan mereka. "Saya sokong kita panggil Devon balik dan berharap maklaikat yang jatuh itu... apa nama dia?".

“Kriss,” Kat jawab.

“Jika Kriss kembali dengan Devon, kita mungkin boleh mengimbangi kekuatan kita sebab kita sudah ada satu maklaikat yang jatuh di sini yang boleh membantu kita", Steven habiskan.

"Dan bagaimana kamu buat untuk dapatkan mereka kembali?" tanya Quinn merenung ke Warren. "Kamu tahu bagaimana reaksi lelaki baka kita bila mereka jumpa pacarnya. Devon hanya akan balik jika pacarnya mengikutnya".

"Saya ada idea baru untukmu... beritahu dia yang benar", Kat menyeringai dan bertentang mata dengan Quinn bila Quinn menoleh padanya. Dia mengangkat kening dan senyum puas bila Quinn menoleh ke tempat lain.

Quinn jengkel dalam hati pada sindiran Kat tapi tidak membalasnya.

Kane ambil rokok dari kotak rokoknya dan pasangnya. "Saya harus kata, wanita muda itu ada betulnya. Jika kamu mahu anak-anak kucing itu balik, kamu mesti pujuk mereka".

“Betul,” kata Michael cuba menenangkan keadaan di bilik itu. "Saya akan letak semangkuk susu di luar pintu belakang dan tunggu dengan jaring kupu-kupu".

Kane dan Kat tersenyum pada gambaran Michael yang duduk dalam gelap dengan jaring kupu-kupu di tangan menunggu anak-anak kucing yang tidak tahu apa datang menjilat susu dalam mangkuk.

“Kriss perlu kembali", akhirnya Kat mengalah. "Saya pernah lihat dia berlawan dan ianya seperti bom-f. Tapi jika saya bacanya betul, dia tidak akan balik tanpa Tabby".

"Bagaimana kamu buat maklaikat yang jatuh meninggalkan tugasnya dan pilih sebelah mana dalam peperangan?" tanya Steven.

"Kamu tidak", ujar Michael. "Maklaikat yang jatuh sedikit dan jarang ada. Yang saya pernah jumpa cuma Dean dan Kriss, dan kamu tidak mahu mereka marah padamu". Dia menoleh ke Quinn, "Ada peluang tidak Dean minta Kriss pendekkan percutiannya?".

Beberapa lagi soalan ditanya oleh sebelah harimau kumbang di bilik itu tapi Kane rasa kesejukan merangkak ke kulitnya dan dia cuba mengabainya. Dia tahu sebenarnya siapa yang mereka katakan. Jika Kriss balik... Tabatha akan ikut.

Semua orang kecuali Michael tersentap bila Kane tiba-tiba berpusing dan memandang semua di situ.

"Peperangan sudah bermula, jadi jika kamu semua habis berciuman dan berbaik semula, mungkin kamu boleh bersama-sama memburu". Dia tolak tingkap terbuka dan melompat keluar, tidak kisah ianya di tingkat dua. Kain jubah hitamnya berkibar di belakangnya seakan kepak gelap sebelum dia hilang dari pandangan.

Selepas Kane menhilangkan diri, Michael menguling matanya pada kepergian dramatik kawannya dan tutup tingkap. Semua di situ fikir Kane mendarat di tanah tapi dia dapat merasanya berada di atas mereka, di atap. Perjumpaan itu berjalan lebih lancar dari yang Michael fikir ia jadi.

Michael mushkil jika Kane sedar apa yang telah dibuatnya bila dia menikam batu darah itu ke badannya. Bila dia mengigit pergelangannya dan memberi darahnya ke luka Kane, ianya untuk dua sebab. Satu adalah membantu luka tikaman itu sembuh lebih cepat, tapi sebab ke dua hanya untuk kepentingan dirinya. Dengan darahnya di dalam urat Kane, dia boleh jejak setiap pergerakan kawannya.

Ianya masih mengusarkannya bahawa Kane sudah berada di bandar itu untuk beberapa lama dan dia tidak tahu pun. Dia tidak mencarinya kerana fikir Kane sudah mati. Jika dia jumpa Kane lebih awal... mungkin dia boleh hentikan kekusutan ini sebelum ia tidak terkawal oleh tangan Kane. Bila darahnya dalam Kane, ianya lebih baik dari alat pengesan. Jika Kane mahu larikan diri... dia tidak akan pergi jauh.

"Saya tidak faham kenapa Kane panas baran tentang ini kerana dialah penyebab membiaknya langsuir dari awal", kata Nick dari bingkai pintu yang disandarnya. Dia tidak kisah Michael ada di dalam kumpulan itu, tapi berharap pada Kane adalah idea buruk. Dia itu seakan tidak siuman.

"Kamu cuma marah sebab Kane memutuskan tidak menjadi musuh kita", ujar Warren walaupun dia juga tidak gembira dengan Kane. Tapi dia tidak mahu sesiapa tahu yang Kane berperanan membolekan adiknya diculik Quinn... tidak sehingga dia lebih tahu betapa siumannya langsuir yang dihidupkan semula itu.

Michael mula jadi penganti pada Kane, tapi terlalu banyak halangan dan cabaran yang perlu ditempohi. Dia tahu Kane menyembunyikan sesuatu darinya dan dia ingin tahu apa itu sebelum ianya memakan diri kawannya. Dia berharap Kane cepat sedar yang dia bukan keseorangan.

Dalam hal lain, Michael tahu Kane telah melalui pengalaman ngeri yang tidak pernah dirasainya. Jika dia dalam situasi yang sama, Michael tidak pasti dia boleh kekal siuman juga. Kane dibelot salah seorang kawan baiknya dan dihukum buang negara tanpa harapan untuk bebas.

Matanya menguncup ke tingkap bila sedar ada satu soalan yang dia terlupa menanyakannya. Bagaimana Kane dibebaskan dari kubur itu?.

*****

Kane berlegar-legar di atap Dansa Bulan, tangannya mengenggam dan membuka di sisinya. Dia masih boleh lihat riak muka Kriss bila dia mencampaknya dalam gudang itu umpama sampah. Dia tidak boleh lawan maklaikat yang jatuh itu... tiada siapa mampu berhadapan dengan kuasa dari satu seperti yang dia ada.

Walaupun jika mereka panggil Kriss sebagai penambah kekuatan, dan Tabatha mengikutinya, Kane tahu Kriss tidak akan berkongsinya. Ia tidak berlaku selalu, tapi Kane bertaruh batu darah di dalam badannya bahawa maklaikat yang jatuh itu mencintai Tabatha. Jika itu betul, Kane tidak ada peluang langsung menghampiri pacarnya itu.

Dia terlepas peluang dan ianya amat menyakitkan. Walaupun jika Tabatha tiada maklaikat yang jatuh duduk di bahunya, dia tidak akan mahu mendekati dirinya sekarang. Pada yang lain, dia tidak kisah jika perubah bentuk itu sukakannya atau tidak. Ini bukan pertandingan menjadi popular pun.

"Mungkin ada baiknya mereka tidak sukakanku", bisiknya sementara memandang ke bandar.

Kane mengangguk tegas dan menusuk tangannya dalam poketnya. Dia akan tinggal hanya cukup masa untuk menyahkan masalah langsuir ini yang tidak disengajakannya. Tapi bila itu habis, dia akan pergi bersendirian semula. Dengan itu, bila dia memutuskan untuk pergi nanti, tiada siapa akan mahu mengikutnya.

Fikiran itu membuatnya gusar.

*****

Trevor memandu masuk anjung Envy dan padamkan injin kereta. Dia mahu bercakap dengannya dan melihat bagaimana dia. Mungkin dia ada masa untuk memikirkan apa yang dia beritahunya... lagipun, itu satu kebenaran.

Memandang ke benda di kerusi penumpang, dia tersengeh sebelum mengambilnya. Dia telah mengira berapa jeans yang 'dipinjam' sebelum ini dari Chad, dan sekarang dia mahu memulangkannya. Ini perbuatan baiknya untuk hari ini. Diharapkan, tiada sesiapa akan masuk neraka kerana membuat jenaka.

Membuka lipatan jeans itu, dia meneliti kekotoran dan kesan minyak pelincir hitam di sekelilingnya. Dia tergelak bila nampak kerja tangannya di kawasan kelengkang. Trevor membuat keputusan istimewa dan berubah ke bentuk anjing dan dengan gembira mengoyakkan bahagian kelengkang itu.

Hanna, kucing tua Puan Tully telah mula tinggal dengannya, berjalan dan menghidu jeans itu sebelum berpusing, angkat ekornya ke atas dan pancutnya untuk menghilangkan bau anjing yang dia tinggalkan. Trevor tidak pernah ketawa sekuat itu dalam hidupnya.

"Terbaik", bisiknya.

Keluar dari kereta, dia mendekati pintu hadapan dan campak jeans itu ke semak, hampir ketawa lagi bila ia terjatuh dari semak ke atas sarang semut yang besar. Ini terlalu berharga.

Menekan loceng pintu, dia masukkan tangan ke dalam poket dan tunggu pintu dibuka. Bila ia dibuka, Trevor membuat riak muka kesian.

“Hey,” katanya lembut.

Chad mengeluh dan menyandar di bingkai pintu, "Hey kamu, juga".

"Lihat, saya tahu saya mengacau dan saya mahu bercakap dengan Envy... atau cuba janji tidak menembak taser padanya" jelas Trevor sedikit tersenyum.

"Saya boleh, tapi Envy tiada di sini", jawab Chad sambil menolak dirinya dari bingkai pintu dan berdiri tegak. Jason ada berkata pasal Trevor sebagai seorang pengintai dan dia berharap Jason salah. "Dia mahu mengambil cuti dan bersama dengan Tabatha dan Kriss. Saya tidak pasti bila dia akan pulang".

Trevor menarik nafas panjang dan mengangguk sambil sedar yang bau Envy tidak segar di dalam rumah itu. Setidaknya Chad tidak berbohong yang Envy tiada di rumah. "Saya perlu kamu berikannya sedikit maklumat kalau begitu".

"Seperti apa?" tanya Chad, nampak serius.

"Dia perlu jauhkan diri dari Devon Santos. Dia jahat dan akan menyakitinya", ujarnya, berharap Chad menyebelahinya dengan memainkan naluri perlindungan seorang abang.

Chad mengerut pada amaran Trevor dan memeluk tubuh pada dadanya yang tidak berbaju. "Seperti kamu?".

Perwatakan baik Trevor menurun, "Hey, apa saya buat adalah tugas saya. Saya tidak mahu sakiti Envy dengan tugas saya. Itulah sebab saya tidak beritahunya apa kerja yang saya buat".

Dia menoleh jauh dan menolak masuk tangannya lebih dalam ke poket tahu Chad tidak akan tahu. Dia berharap Envy tidak memberitahunya betul-betul apa yang diberitahunya pada Chad. Orang biasa tidak perlu tahu tentang benda yang berlaga pada waktu malam... lebih-lebih lagi seorang polis.

"Saya beritahunya di malam kamu jumpa saya di kelab itu yang saya panyiasat yang berselindung tapi saya tidak fikir dia percayakan saya", tambahnya, memerhati reaksi Chad jika dia tahu lebih dari sepatutnya.

Chad mengeluh, "Lihat, saya tahu kamu suka adikku tapi dia sudah beralih arah. Saya rasa kamu patut buat yang sama. Saya bukan hanya beritahumu sebagai pekerja atau kawan, saya beritahumu sebagai seorang yang pernah melaluinya. Biarkan dia sendirian untuk buat keputusannya. Walaupun kamu berusaha gigih, saya rasa dia keluar dengan Devon sekarang".

Trevor mengangkat matanya ke muka Chad. "Apa?" tanyanya cemas.

"Dia bersama Devon yang saya tahu", ulang Chad secara terus.

Trevor rasa kesejukan di tulang belakangnya, berpusing dan melangkah pergi tanpa bersuara. Chad mengerut bila nampak seekor kucing di tingkap hadapan kereta Trevor menyandar di papanmuka. Lelaki itu masuk kereta, pasang injin dan keluar dari anjung.

“Jason,” Chad menjerit ke udara, "Kamu patut betul dia seorang pengintai".

Chad tahu Envy keluar dari bandar dengan Devon untuk bersama Kriss dan Tabatha untuk bercuti pendek. Dia tidak mahu beritahu Trevor berita itu sebab Envy mahu ia dirahsiakan. Ianya tidak kisah lagipun, sebab ianya bukan masalah Trevor apa yang Envy buat sekarang.

Chad mengeleng kepala dan mula masuk semula bila ternampak sesuatu biru di tepi matanya. Riak mukanya terkejut bila sedar itu jeansnya di tanah dan bergegas mengambilnya, marah pada semut yang mengelilinginya.

Kegembiraannya hilang bila lihat ianya dikoyak dan matanya terbeliak bila nampak bahagian kelengkangnya dikoyak habis.

Chad menurunkan jeansnya dan menjeling ke jalan, "Anjing, cilaka".

Bab 2

Kat telah bergerak berdiri di sebelah tingkap. Dia mahu menjauhkan dirinya dari Quinn sejauh mungkin. Dia menguling matanya bila sedar ia hanya meletaknya dalam garisan penglihatan Quinn. Dia berharap Envy ada di sini. Dia mahu bercakap dengannya... atau mana-mana wanita pun secara am. Ianya bagus ada sedikit sokongan dari perbualan penuh testosteron ini.

Melihat sekeliling bilik itu, dia sedar tidak semua ahli kumpulan harimau bintang ada di situ.

"Di mana Micah dan Alicia?" tanya Kat tahu mereka sepatutnya ada untuk ini... apa pun ianya.

Quinn memandang ke Warren dengan harapan harimau kumbang itu memahaminya dan menyokongnya untuk apa yang akan diperkatakannya. "Alicia belum pulang dari sekolah asrama lagi sebulan dan kita tidak akan bawanya ke dalam pergaduhan ini. Terlalu bahaya untuk gadis-gadis".

Riak Kat mengeruh lagi dan dia seperti mahu mengoyak kepala keluarga harimau bintang itu.

"Dan Micah?" tanya Warren sebelum Kat sempat mulakan pergaduhan dari percakapannya yang terakhir tadi.

"Tidak dapat dihubungi". Kemarahan dalam nada Quinn membuatkan semua memandangnya curiga. "Kita sudah cuba banyak kali tapi dia tidak jawab telefon bimbitnya".

Steven mengeluh pada kedegilan Quinn dan mencelah, "Micah sudah hilang lebih dua minggu".

"Apa?" tanya Warren tiba-tiba marah. "Kenapa tidak datang pada kami untuk bantuan?".

"Disebabkan jurnal bodoh itu", ejek Kat. "Yang jelas, dia takut kita tidak boleh uruskan apa yang dikatanya sebab kita sangat sensitive".

Michael mengeleng kepala tahu bahawa jika kedua keluarga ini tidak mencari jalan bekerjasama, dia terpaksa jadi pengadil. "Okay, sementara menyelesaikan masalah langsuir, kita perlu petunjuk dalam kehilangan Micah".

"Secara logik Micah akan kembali sendiri, selalu begitu" Quinn mengangkat bahu.

Kat merenung keluar tingkap masih marah. Tidak patut Quinn usul gadis-gadis tidak patut bersama?. Mereka boleh suruh Alicia jauhinya jika mahu, dan memang sepatutnya sebab dia yang termuda dari mereka. Tapi jika mereka cuba halangnya, mereka akan terkejut besar. Masalahnya sekarang, dia pun resah tentang Micah.

Quinn sepatutnya mengenepikan semua itu dan panggil semua. Dia tahu mereka akan membantu walaupun berbeza pendapat. Tidak kiralah jika ayah-ayah mereka berbunuhan sesama mereka... dosa ayah-ayah mereka tidak patut ditanggung anak-anak mereka.

Walaupun dia tidak tahu, Warren bersetuju secara senyap dengan Kat. Quinn sepatutnya panggil mereka semua bila Micah hilang. Dia tahu bagaimana adik beradik itu akan bergaduh sesama mereka. Pergaduhan itu selalunya berakhir dengan Micah berlari keluar dan hilang beberapa hari... tapi bukan beberapa minggu.

Steven dab Nick saling berhubung selama beberapa tahun dan Nick beritahu keadaan semasa keluarga harimau bintang. Bila Micah dan Quinn bergaduh, Micah akan beritahu Steven ke mana dia akan pergi jika dia pergi lebih satu hari. Kali ini Micah tidak tinggalkan apa-apa pesanan dengan sesiapa pun, bermaksud dia tidak pergi begitu lama.

"Selepas Steven dan saya jumpa sarang langsuir merbahaya di gereja itu, tiada siapa patut keluar keseorangan malam ini. Kita perlu berpasangan", kata Quinn menukar subjek.

Steven rasa pelik gambaran gadis yang dijumpainya kemudian hilang pada malam itu terpapar di mindanya. "Saya rasa saya akan ke tempat itu malam ini dan pastikan gereja itu masih bersih. Kita mungkin tertinggal sesuatu".

"Saya akan pergi dengan Steven", pelawa Nick mahu meneman kawan sepermainan nakalnya.

Kat rasa panik bila berkira-kira secara senyap. Michael akan pergi dengan Kane, dan dia tidak mahu bersama Kane lagipun sebab dia tidak berapa siuman. Yang ada tinggal Warren dan Quinn.

"Saya ikut Warren", pelawa Kat.

"Tidak", Warren perbetulkannya. "Kita perlu seseorang jaga kelab".

"Hanya kerana saya wanita tidak bermakna saya tidak mampu", Kat beri amaran pada mereka, kemudian selamba keluar bilik itu.