banner banner banner
Lampu Malam (Buku 2 Perjanjian Darah)
Lampu Malam (Buku 2 Perjanjian Darah)
Оценить:
Рейтинг: 0

Полная версия:

Lampu Malam (Buku 2 Perjanjian Darah)

скачать книгу бесплатно


Semua lelaki dalam bilik itu tersentap bila dia tutup pintu perlahan.

"Cilaka", bisik Nick. "Saya hampir berharap dia akan hentam pintu itu".

Steven dan Quinn tidak jumpa Kat dalam beberapa tahun tapi mereka kenal sangat barannya. Pintu ditutup perlahan di belakang Kat yang marah adalah sepuluh kali lebih teruk dari keluar meradang. Dia marah... tidak, dia lebih dari marah. Dia meradang.

"Saya panggil Devon dan beritahu dia apa yang berlaku", ujar Warren dan keluarkan telefon bimbit dari poket depannya. Dia tidak suka buat ini pada adiknya tapi jika dia tidak pulang dia mungkin tiada apa untuk pulang lagi. Menekan dail pantas, dia berjalan ke pintu bilik tidur yang bersambung.

Warren menunggu panggilannya sementara ia berdering di sebelah sana. Akhirnya seseorang mengangkatnya dan menyumpah selepas itu.

"Apa yang kamu mahu?" tanya Devon mengantuk tapi gembira.

Warren cepat-cepat beritahu apa yang berlaku sejak kepergian Devon dan Envy tidak lebih dari dua puluh empat jam sebelum itu.

Devon mengeluh, "Cilaka, saya keluar bandar dan semuanya teruk".

"Saya beri kamu beberapa hari kemudian kamu perlu pulang", kata Warren. "Saya juga perlu kamu buat sesuatu semasa beberapa hari itu".

"Apa itu?" tanya Devon berbunyi lebih segar.

"Saya perlu kamu tanya Kriss jika dia boleh bantu kita. Beritahu dia Dean sudah setuju tapi kita mungkin perlukan dia juga. Jika boleh juga, suruh Envy pujuk Tabatha yang kita perlu Kriss di sini sebab dari yang saya dengar, jika dia pulang maklaikat yang jatuh itu akan ikut".

"Saya boleh cuba buat itu", kata Devon. "Kriss pelik. Dia buat sesuatu bersendirian, kamu tahu".

Warren mengangguk, "Mengingatkan saya pada seorang yang lain".

Devon tergelak, "Okay abang besar, cuma saya tidak janji apa-apa".

"Saya jumpa kamu dalam beberapa hari", kata Warren letak telefon.

*****

Quinn nampak Kat di kamera sekuriti di dinding. Kerana semua orang menunggu Warren habis buat panggilan, dia melangkah dekat skrin kamera seperti kebosanan. Kebosanan bukan dirasainya bila melihat Kat.

Dia fikir Kat cantik beberapa tahun lalu, dia tidak jangka apa yang terjadi padanya sekarang. Bertahun lamanya, dia memerhati Kat dari jauh. Dia juga mengaji pengintip untuk bekerja di Dansa Bulan dan melaporkan padanya... walaupun yang terakhir yang bekerja menjadi mangsa pembunuhan yang terbaru.

Dia gusar bila seorang lelaki berjalan terus ke tempat yang Kat berdiri di belakang bar dan mencapai tangannya. Dengan kamera ditujukan tepat, Quinn boleh tahu lelaki itu bukan seorang kawan.

*****

Trevor meluru masuk Dansa Bulan tidak pasti dia akan mengamuk di dalamnya atau menyimbah kemarahannya dengan beberapa gelen arak. Dia cuba menghubungi Envy tapi dia seakan menyembunyi diri darinya. Tabatha dan Kriss mungkin menapis panggilan mereka termasuk dia. Bila dia tanya abang Envy yang serba tahu di mana Envy, dia mahu mencabut kepalanya kerana sengaja beri lokasi yang kabur.

Trevor nampak Kat melayan peminum di belakang bar yang sama yang selalu dia bekerja. Dia mencapai tangannya untuk tarik perhatian tapi riak mukanya bila berpaling padanya membuat dia tersentap ke belakang dan terus duduk.

"Yang istimewa guna taser sudah habis. Boleh saya dapatkan yang lain?. Seperti ahli seumur hidup di bar lain?. Kat mengenyit mata nakal. Akhirnya memandangnya di mata dan nampak kemurungan bermandi di dalamnya dia mengangkat bahu, "Maaf, pencapaian sebenarku tidak kesampaian. Apa boleh saya dapatkanmu?".

Trevor mengosok dahinya dengan jari. Dia pening dengan kaum wanita. Ia seakan mereka sengaja membuatnya susah. "Beberapa jawapan amat dialu-alukan".

"Seperti?" bentak Kat.

"Seperti di mana pacarku bersembunyi". Keningnya terangkat sedikit semasa menunggu.

"Pacarmu?. Kamu sudah ganti Envy secepat itu?", sengeh Kat bila renungannya menjadi jelingan. "Oh, kamu tanya fasal Envy".

"Kamu fikir?" balas Trevor sinis.

"Yang saya tahu ialah bekas pacarmu dan abangku pergi mungkin berbulan madu". Kat mengangkat bahu tahu seakan ia satu kebenaran yang mungkin Envy pun setuju.

"Saya ingat dia bersama Tabatha dan Kriss?". Trevor rasa darah tingginya naik ke tahap bahaya mushkil jika Chad berbohong tentang itu.

Kat cepat-cepat tuangkan segelas arak berharap ia boleh menenangkan kemarahan yang menyala di matanya. "Betul. Tabby dan Kriss bersama mereka". Dia meletakkan minuman itu di hadapannya menambah, "Ia bawah tanggungan rumah".

Melihatnya minum, bibirnya tercuak bila nampak cahaya atas matanya yang mahu keluar tapi ditahannya.

Cilaka, itu teruk. Dia cepat-cepat menyesal mengejeknya. Dia berharap Quinn juga rasa begitu padanya. Bagus jika dia boleh tunjuk emosinya padanya atau apa yang dia rasakan untuknya. Lagipun, dia boleh tahan jika Quinn menolaknya, jika dia berani beritahunya bersemuka.

Mencapai ke sebelah, dia letakkan tangan ke bahu Trevor kemudian fikirkan cara untuk menganggu perhatiannya dan dapatkan kawan buruan pada masa sama.

Kat tersenyum bila satu idea terbentuk dalam kepalanya. Dia terpekik memanggilnya harimau kumbang malam semalam, jadi dia tidak menipu dia seorang penyiasat paranormal. Jika tentera kaum lelaki mahu, jadi paling kurang dia boleh bantu adalah mencari tentera... kan?.

"Sekarang, saya perlu pergi, saya mahu jadi sasaran baik untuk langsuir-langsuir yang telah meninggalkan mayat di depan pintu kita". Dia berjalan mengelilingi bar tapi Trevor memegang pergelangannya cepat dia tidak sempat nampak pun. Dia cuma angkat kening pada tangan yang memegangnya. "Melainkan kamu mahu bantu, kamu perlu lepaskan saya".

"Kamu serius?" tanya Trevor.

Dia juga berfikir bahawa langsuir-langsuir itu yang seakan membiak tidak terkawal... oh, dan kesan hampir hilang gigitan taring itu. Masalahnya dia belum pernah berurusan dengan langsuir sebelum ini... cuma semasa latihan. Dia perlu sebab untuk bersama kumpulan ini sehingga Envy pulang, jadi kenapa tidak bersama adik pencabarnya?.

Bila Kat mengangguk dan perlahan-lahan menarik tangannya, Trevor mengeleng kepala tahu dia akan menyesal, "Adakah abang-abangmu akan pergi denganmu?".

“Oh, mereka akan pergi, tapi arah yang berbeza". Dia buat muka cuak. "Tiada siapa mahu bersama dengan seorang gadis".

Seakan memberi bukti, Steven dan Nick turun pada waktu itu dan keluar pintu bersama. Nick beri Kat jelingan tajam, berharap dia faham maksudnya dan buat apa yang Warren suruh... duduk di sini sebab selamat. Dia rasa lega bila Kat beri senyuman kecil seakan setuju.

Memandang ke pintu yang menuju tingkat atas Kat mengangguk, "Lihat, ianya kumpulan berdua malam ini kecuali nombor ganjil... aka saya". Dia memberi Trevor senyuman lebar seakan dia tidak kisah. "Tapi ianya okay, saya tidak kisah memburu sendirian".

Trevor tersengeh dan menyilang tangan di atas bar. Dia menyandar ke hadapan sedikit dan beri isyarat pada Kat untuk buat yang sama dan bisik dua perkataan.

"Bukan seorang", dia mengeleng kepala.

Quinn dan Warren berhenti semasa turun ke kelab malam itu. Warren tahu mereka terlebih pekerja malam ini jadi bar itu boleh dilayan tapi itu tidak menghentinya dari membuat beberapa lagi pesanan.

Semasa berbuat itu, Quinn hampir merenung tembus ke Trevor. Dia tidak berkelip menonton skrin tadi, melihat Trevor memegang pergelangan Kat... atau tarian emosi selepas itu. Berapa rapatnya Kat dengan lelaki itu?. Cara mereka berinteraksi, ia seakan mereka berkongsi rahsia yang tidak diketahui semua yang lain dan itu mengusarkannya.

"Siapa itu dengan Kat?" tanya Quinn bila Warren habis bercakap di alat hubungan.

Warren berpusing melihat bekas pacar Envy. Dia rasa Kat beritahu Trevor yang Envy sudah berpunya, yaitu satu idea bagus sebab jika Trevor tidak mencari Envy di bar itu, mungkin penyiasat paranormal itu akan tukar perhatian ke tempat lain.

"Itu orang sini yang suka tunjuk kuat dan suka ditaser oleh wanita cantik", Warren tersengeh pada jenakanya. Bila Quinn tidak tersenyum, ia membuatnya berharap untuk berpasangan dengan Michael. Dia mushkil jika ianya tidak terlambat menukar pasangan kemudian padamkan fikirannya itu. Quinn berpasangan dengan Kane akan lebih membinasakan.

Trevor rasa seseorang merenungnya dan menoleh ke pintu. Dia belum sempat hilang terkejut bila nampak Quinn Wilder dan Warren Santos. Jika dia tidak mengesyaki apa yang dilakukannya, Trevor akan percaya kedua-dua orang inilah yang terlibat dalam pembunuhan itu dan sedang merancang yang seterusnya. Tapi cara pemikiran seperti itu bagus untuk si bodoh dalam pasukan polis.

"Kenapa pemilik Lampu Malam ada di sini?" tanya Trevor menoleh ke Kat.

"Kami semua cuba mencari penyelesaian masalah langsuir", kata Kat bila matanya bersetentang dengan Quinn. Oh ya, dia nampak gusar. Hanya untuk periksa teorinya, dia menyandar rapat ke Trevor seperti sedang berbisik manja di telinganya, "Kamu ada senjata untuk kita guna sebagai kelebihan?" dia mengenyit tahu dia sudah ada teman malam itu.

Trevor memikirkan sekejap, membuat senarai dalam mindanya apa yang dia ada di but keretanya.

"Ya, saya ada beberapa dalam kereta", ujar Trevor. "Kita perlu ke rumahku untuk dapatkan selebihnya yang ada dalam peti simpanan".

‘Bagus’, fikir Kat dalam hati.

Bila Warren dan Quinn berjalan melepasi bar, Warren sekali lagi diganggu alat hubungannya yang dipasang di telinganya. Quinn tidak kisah gangguan itu. Ia memberinya sedikit masa untuk mengetahui apa yang berlaku pada dua pasangan yang gembira di bar itu.

Kat lihat Quinn datang dan cepat-cepat bergerak ke sebelah sana bar supaya Trevor tidak dengar dan Quinn tidak boleh mengetahui rancangannnya. Mencapai satu botol, dia berpusing dan mendapati Quinn berdiri antaranya dan bar.

"Boleh saya bantu kamu, tuan?" tanya Kat sinis sambil angkat keningnya. "Kamu tahu pelanggan tidak dibenarkan masuk ke bar".

Quinn melangkah dekat lagi walaupun ianya sempit. Meletakkan tangan di para sebelah tangan Kat, dia mengurungnya di tempat itu. Melihat matanya melurut ke lelaki yang dia bercakap tadi... Quinn menyeringai, "Jangan terganggu malam ini Kat. Saya beri amaran. Hanya kerana kamu tidak ikut berburu tidak bermakna langsuir tidak boleh jalan masuk pintu di bar ini".

Kat mengeluh tahu ini adalah taktik lama diguna semula. Buat seseorang fikir dia penting dengan memberinya kerja kecil selamat di tepi. "Saya baik sahaja", dia beritahunya sambil tunduk bawah tangannya dan pergi ke Trevor. "Jika saya perlu apa-apa, saya sudah ada seseorang yang boleh bantu". Kata-kata ang akhir itu berbunyi ghairah. Ianya tipu, tapi Quinn telah membuatnya marah.

Dia tersengeh dalam hati tahu Quinn fikir ianya seksual dan Trevor fikir ianya tentang memburu langsuir malam ini. Warren pula habis berhubung dan beri isyarat pada Quinn yang dia sedia untuk pergi.

Quinn mengetap bibir mendekati Kat dari belakang dan menyandar, hampir sentuh bibirnya ke telinga Kat, "Diharap malam ini selamat". Dia lihat dengan puas bulu leher Kat meremang sehingga ke bahu.

Kat mencengkam tepi bar bila lututnya longgar. Menenangkan diri dia terlompat bila Michael bersuara di belakangnya.

"Hati-hati bagaimana kamu main ekor kucing, sayang", Michael beri peringatan kemudian mengangguk ke Trevor sebelum pergi berjumpa Kane di atap.

Trevor berkerut pada riak terkejut di muka Kat. "Adakah itu langsuir?".

"Tidak, itu jejaka dan dia membantu kita buru raksaksa yang sebenar", kata Kat tegas dan sambung dalam hati, dan dia yang tidak kisah saya pergi memburu malam ini. "Tapi, kita mungkin terlewat. Kamu sudah bersedia untuk pergi?".

*****

Kane sedang berlegar-legar di atap, merokok dan sekali-sekala melambai-lambai tangannya. Dia mula hilang sabar menunggu Michael.

"Harimau kumbang dan harimau bintang", dia mengomel. "Mereka lebih teruk dari kucing peliharaan. Semuanya perlu menguasai yang lain. Saya lagi suka bersama anjing hutan liar dari mereka".

Michael datang dari tepi atap di belakang Kane, menangkapnya semasa mengutuk marah. Dia berkerut bila Kane tiba-tiba senyap dan menoleh ke sisi mengetahui kedatangannya.

"Cilaka Kane, adakah kita akan berbincang apa yang mengusarkanmu atau tidak?" tanya Michael sambil datang lebih dekat.

"Atau tidak", jawab Kane.

"Baiklah", Michael senyap tahu Kane benci perlakuan senyap lebih dari bergaduh. Dia suka jika dia betul.

Kane berjalan ke tepi bangunan, menjarakkan mereka. Dia lupa Michael boleh gerak senyap... yang sudah lama tidak dilakukannya. "Raven nampaknya kecewa yang tenteranya kurang di gudang... yang gila-gila sudah hilang. Jangkaanku langsuir-langsuir yang tidak hadir pesta kecil kematian kita perlukan tempat rehat waktu siang, jadi saya akan periksa di situ".

Michael tidak bersuara bila Kane sekali lagi lompat dari tepi atap dan mendarat di kaki lima di bawah. Semasa dia melangkah ke tepi bersedia untuk lompat seperti Kane, sesuatu di atap di seberang jalan menarik perhatiannya.

Menumpu pandangan padanya, Michael nampak bayang-bayang sebelum ia hilang. Sesuatu tentang bayang-bayang itu seakan dikenalinya tapi dia tidak dapat ingatnya.

Adakah Kane ada pengintip atau dia diburu?. Cuba mengenepikan perasaannya untuk sekarang, dia pandang ke bawah dan tersenyum bila jatuh. Walaupun dia tidak nampak Kane, dan dia tahu jalan ke gudang itu, tapi dia tidak ikut jalan itu dan ikut tarikan darahnya yang ada di urat-urat Kane. Bila sampai ke gudang itu, dia boleh dengar jeritan langsuir-langsuir yang Kane tangkap tanpa disedari.

Dia berhenti di pintu mengunakan penglihatan dipertingkatkannya untuk melihat ke kegelapan dalam ruang yang besar itu. Kane dipegang dua langsuir Dan beberapa lagi fikir taktik serangan berpasangan adalah idea yang baik. Melangkah ke dalam, dia tarik pintu tutup di belakangnya dan bergerak ke hadapan bila suara Kane bergema.

"Biar saya buat ini. Cuma jangan beri mereka lepas kamu", kata Kane sedikit tercungap sambil dia memusing leher langsuir yang cuba mengoyakkan tekaknya. Dia tersentap bila taring terbenam di bahunya, membuatnya hilang pegangan ke atas yang satu tadi.

Kedua kening Michael tersembunyi bawah rambutnya yang kusut tapi dia bersandar ke pintu. "Baiklah, jika kamu pasti". Dia memeluk tubuh dan merehatkan badannya ke besi itu.

"Tapi... saya bosan", katanya selepas seketika dan melihat ke langsuir-langsuir tanpa roh yang belum berlawan. "Saya harap salah satu darimu boleh membantu dan lari untuk itu?".

Bila Kane berjaya mencabut kepala langsuir pertama, satu di tepinya buat apa yang Michael suruh, tapi tangan Kane mencapainya dan memegangnya pada jaket kulitnya. "Saya rasa tidak", dia menyeringai dan tariknya untuk berlawan.

"Ibumu tidak ajarmu berkongsi?" Michael tersenyum bila melihat Kane dibelasah teruk. Dia rasa Kane perlu kesakitan itu untuk rasa hidup masa ini. Dia tidak sangsi Kane akan jadi langsuir terakhir yang berdiri dan membebaskan kemarahannya dan kekejamannya mungkin boleh membantu menenangkan kawannya semula... terapi yang terbaik.

"Ibuku seorang pencuri", jawab Kane, melompat dan menghenyak kedua kakinya ke dada satu langsuir yang meluru berlari padanya. Langsuir itu terpelanting dan Kane mendarat di belakangnya. Menendang kakinya, dia bangun semula pantas. "Dia tidak percaya perkongsian".

"Kita berdua tahu ibumu bukan pencuri", jelas Michael. "Dia seorang yang dididik dengan baik".

Kane ditumbuk di muka dan terpelanting ke belakang. Michael mengikuti pergerakannya semasa dia terbang merentasinya dan ke atas sampah yang seakan sama dengan yang Kriss pernah tumbuknya dahulu. Dia mengeluh bila sedar Kane sangat kusut berdarah. Kane meluru ke perlawanannya semula, mengoyak musuh-musuhnya bila dekat.

"Perlu bantuan sekarang?" tanya Michael bersama bunyi tulang patah dan kaki memercik di kolam yang bertambah besar setiap minit. Dia ketawa bila Kane mula mengumat jampi Syn tapi ditumbuk di mulut sebelum sempat menghabiskannya.

"Tidak", Kane menyeringai dan ludah keluar darah ke muka penumbuknya yang menumbuknya sangat kuat hingga dia nampak bintang. Mengambil satu kayu dari kerusi patah semasa berlawan tadi, dia menusuknya ke mulut langsuir itu dengan kuat hingga tembus ke belakang lehernya.

Michael menjengkel mukanya tapi tidak masuk campur. Dia melihat teliti, mengira tiga langsuir mati dan empat hidup. Kane melawan tanpa takut, lebih lagi sekarang dari masa dia tertanam hidup-hidup. Yang mengingatkan Michael pada satu soalan yang belum ditanyanya: bagaimana Kane memecahkan jampi pengurung tanpa darah dari pacar rohnya?.

Kurang dua puluh minit kemudian, Kane terjatuh melutut. Dia melihat melalui kabur merah pandangannya pada bunyi tepukan yang datang mendekatinya. Dia mengesat darah dari mulutnya dan cuba menolak dirinya dari lantai. Dia ketawa bila tidak berdaya kerana lantai itu licin dengan darah.

"Pemenang dapat seratus penampal luka dan tidur semalam di rumah Michael". Dia menunduk dan memeluk pinggang Kane untuk menariknya berdiri. Mereka berdua terhoyong-hayang sebelum dia berjaya mengimbangi mereka.

"Kamu ada rumah?" tanya Kane berharap jika dia terus bercakap dia tidak akan pengsan sebelum sampai ke sana. Dia tahu di mana Michael tinggal, tapi dia tidak mahu mengakunya sebab itu akan mengingatkan Michael untuk marah padanya kerana menjauhinya. Dia tidaklah suka dirinya kerana itu tapi dia rasa perlu menjauhkan dirinya.

"Ya, saya sudah dewasa sekarang. Lagipun, keranda untuk zaman dahulu". Dia tersentap dalam hati sedar Kane mungkin tidak fikir jenakanya lucu. "Tempat itu besar. Ia pernah jadi museum seni berunsur Viktoria sehingga mereka bina yang baru di Beverly Hills. Mungkin jika kamu tinggal dengan saya, tempat itu akan rasa seperti rumah".

"Saya mahu anak anjing", ujar Kane tiba-tiba sementara memaksa kakinya melangkah untuk tidak jatuh semula.

"Kamu mahu apa?" tanya Michael.

"Jika kita tinggal bersama, saya perlu cari anak anjing".

Michael terpaksa senyum pada kawan lamanya. Nampaknya sifat penyayang anjing Kane tidak luntur berdekad lamanya.

Bab 3

"Jadi, apa terjadi pada Micah?" tanya Nick pada Steven semasa mereka parkir di tengah-tengah dua bas di lot parkir di sebelah gereja itu.

“Micah dan Quinn bergaduh seperti biasa tentang siapa buat peraturan dan Micah pergi untuk menenangkan dirinya", jawab Steven semasa keluar kereta. Dia masih rasa ianya lucu yang harimau kumbang pandu... kamu boleh agak... kereta jaguar. "Lagipun, mereka ajar sesama mereka berlawan, jadi menumpang sesama mereka sudah biasa".