banner banner banner
Bayangan Cinta
Bayangan Cinta
Оценить:
Рейтинг: 0

Полная версия:

Bayangan Cinta

скачать книгу бесплатно


Kali terakhir Anya lihat Lady Vivian adalah ketika dia berada di pejabat Institut Filem British. Dia jauh lebih tua dari gadis yang sedang berada di hadapannya ini. Dia bukan sekadar dapati dirinya dalam tubuh orang lain, tetapi dia juga telah pergi ke masa lalu. Apa yang patut dia katakan? Dia tidak dapat berkata, “Oh, kamu bukan Lady Vivian yang saya kenali.” Secara teknikalnya, mereka adalah orang yang sama, cuma versi yang muda. Versi yang dia tidak kenali dan tidak sepatutnya kenali... Anya sendiri pun belum dilahirkan. Sekurang-kurangnya dia fikir begitu... Dia tidak pasti dia berada di tahun berapa, dan dia hanya teka berdasarkan rupa Lady Vivian... Dia bermasam muka.

“Tiada apa apa,” katanya dengan perlahan. “Maafkan saya. Saya ada sakit kepala yang sangat teruk, dan ia membuatkan saya sukar untuk berfikir dengan baik.”

“Kesiannya kamu,” kata duchess. “Kenapa tak katakan sesuatu. Mungkin saya boleh dapatkan seseorang untuk bawakan kamu sesuatu untuk ubatinya.” Dia memetik jarinya ke arah pembantu rumah yang berdekatan, dan bergerak ke tempat lain. Dia kembali tidak lama kemudian bersama dua biji aspirin, dan Anya mengambilnya. Dia terus menelannya tanpa berfikir panjang, bersyukur dia ada sesuatu untuk ubati sakit kepalanya.

Duke mencapai senaskah surat khabar dan membukanya luas. Anya hampir tersentak sekali lagi, tetapi dia cuba menahannya. Tajuk utama akhbar itu merisaukan Anya dan pelbagai perkara bermain di mindanya. Jerman berada di muka hadapan dan tengah-tengah akhbar itu. Tarikhnya September 1933, dan penganiayaan masyarakat Yahudi baru sahaja bermula. Dia menelan air liurnya. Beberapa persoalannya telah terjawab... Seperti, dia sudah pun dilahir, tetapi umurnya belum capai tiga tahun. Dia tidak tahu apa dia patut lakukan atau bagaimana dia perlu bertindak. Tiada satu pun yang masuk akal.

“Ida kata dia sudah sediakan semua bagasi kamu,” duchess itu mula bersuara. Anya perlu cuba untuk ingat kembali namanya. Dia tahu... Kalau lah kepalanya tidak sebegitu sakit. “Kamu dah bersedia untuk perjalanan jauh?”

Yang lebih penting, siapa Ida? Jawapannya muncul... wanita tua itu... pembantu rumah itu. “Ya.” Anya tiada jawapan lain untuk... Brianne. Nama ibu Vivian ialah Brianne. Namun ia tidak sesuai untuk digunakan. Dia patut kata Tuanku dan ikuti etika yang betul. “Dia ada beritahu ketika dia kejutkan saya...” Sekejap... dia juga ada beritahu yang Anya akan ke Jerman. Anya sumpah seranah dalam diam. Itulah tempat terakhir yang dia ingin berada pada tahun 1933. Peperangan itu sangat dasyat dan dia tidak ingin untuk mengalaminya secara langsung, dan di salah satu tempat utamanya yang paling dasyat.

“Dia cekap,” kata duchess itu dan turut tersenyum. “Gembira berada dengan kamu di sini. Ayah kamu cukup baik untuk membantu kami ketika kami pergi ke New York dua tahun yang lalu. Seperti yang kamu tahu, keluarga saya tinggal di South Carolina dan mempunyai sebuah rumah di New York.” Dia tahu akannya... namun dia telah lupa. “Vivian...” Dia memandang anak perempuannya “... tersesat di Central Park. Tanpa bantuan ayah kamu, kemungkinan kami tidak akan jumpainya.

Hmmm. Menarik. Nampaknya Lady Vivian seorang yang nakal. Tidak langsung ia menyerupai wanita yang Anya kenali. Jika dia dapat pulang ke tubuhnya dan masanya kembali, mungkin Anya akan tanyakan Lady Vivian tentang apa yang dia lakukan seorang diri di Central Park pada umur 14 tahun. “Ayah saya gembira dapat membantu.” Anya berharap agar itu suatu kebenaran. Anya tidak kenal langsung siapa “ayah”nya.

“Edward Wegner ialah seorang lelaki yang baik. Saya harap dia gembira dengan kerja barunya dengan Duta di Jerman.” Duke itu melipatkan akhbarnya dan meletakkannya di tepi. “Namun, saya tak pasti dia akan berada lama di sana jika keadaan tidak berubah.” Duke itu mengeluh. “Perang Besar itu sungguh dasyat. Tiada siapa ingin laluinya sekali lagi, tetapi saya takuti yang kita mungkin akan menghadapi satu lagi peperangan.”

Duke itu tidak tahu betapa betulnya dia. Anya menelan air liurnya sekali lagi dan cuba untuk makan. Dia mencedok telur dengan garfu dan sumbat ke dalam mulutnya. Tiada siapa harapkan dia untuk berkata apa-apa ketika dia mengunyah.

“Jangan takutkan dia, Julian,” kata duchess. “Dia sudah pun sedang mengalami banyak masalah.” Senyum duchess itu kepada Anya. “Kamu pernah pergi ke Jerman. Adakah tempatnya cantik... apa yang kamu telah lihat?” Ada sesuatu yang tidak dapat Anya kenalpasti dengan tona suara duchess itu. Pernahkah dia ke Jerman? Jika Anya mengingatinya betul-betul, duke tersebut pernah menjadi seorang pengintip ketika perang dunia pertama. Dia mungkin pernah ke Jerman, tetapi duchess itu seorang warga Amerika. Barangkali dia berada di rumah dengan selamat.

Anya telah telurnya, dan ia sakit sebaik mereka turun ke tekaknya. Dia mengangguk. “Ya.” Satu perkataan pun cukup, kan?

“Saya faham yang kamu sudah bertunang,” kata duke itu.

“Ya?” Itu tidak sepatutnya berbunyi seperti satu soalan. Jika begitu, kenapa dia akan ke Jerman?

Duchess itu ketawa. “Kamu mungkin perlu fikirkan semula tentang hubungan kamu jika kamu tidak pasti. Ayah kamu kata dia bekerja dalam Askar Jerman... seorang pegawai berpangkat tinggi.”

Apa yang Ana ini fikirkan? Adakah dia percayakan seorang Nazi? “Saya pasti ia adalah pilihan yang tepat.” Sekurang-kurang, itulah apa yang dia harapkan. Mungkin Ana cintakan lelaki itu. Anya tidak mahu rosakkan hubungan mereka.

“Apa pun,” kata duchess itu lagi. “Kamu masih mempunyai kehidupan yang panjang. Ada keputusan yang tidak boleh senang-senang ditarik, dan mencintai seorang lelaki yang kamu bakal kahwini tidak sepatutnya menjadi keputusan yang susah.”

“Saya setuju,” jawab Anya, dan dia benar-benar maksudkannya. Apabila dia berkahwin, dia merancang untuk mencintai lelaki itu sebaik mungkin. “Minta maaf tetapi saya minta ambil diri terlebih dahulu. Saya ingin bersihkan diri sebelum saya pergi.”

“Baiklah,” kata duchess itu. “Sekiranya saya tidak dapat jumpa kamu sebelum kamu pergi, selamat menempuh perjalanan.”

Dengan kata-kata itu, Anya tinggalkan bilik itu. Masih banyak dia belum tahu, tetapi apa yang sudah dia ketahui cukup untuk membuatkan dia terkedu. Ini tidak bagus... langsung...

3

BAB 3

Oktober 1933

Anya merenung ke luar tingkap kereta dalam perjalanan dari stesen kereta api ke lokasi sementara kedutaan Amerika. Dia tidak tahu apa itu erti masa. Lebih-lebih lagi dalam situasi di mana dia tidak berada di tempat asalnya. Semua orang percaya yang dia ialah Anastasia Wegner, anak perempuan kakitangan Duta Besar William Dodd.

Setahu Anya, dia tiada langsung persamaan dengan Anastasia. Ana tiada cita-cita yang tersendiri dan seorang anak perempuan yang patuh. Dia juga bersetuju untuk bertunang dengan seorang pegawai Jerman. Loya rasanya apabila memikirkan yang dia bakal berkahwin dengan seorang Nazi. Dia tidak dapat lakukannya. Ada satu sahaja persamaan dengan dirinya, satu sahaja: cincin berbentuk opal di jarinya. Ia serupa dengan tinggalan neneknya... dari corak daun floral di logam perak hinggalah ke opal yang berbentuk bulat.

Pada awalnya, dia tidak perasan akan persamaan itu. Dengan segala yang telah berlaku dari bangunnya dia dari tidurnya dan betapa sakitnya kepala Anya, dia terlepas pandang satu perhiasan yang Anya... Ana pakaikan. Mungkin ini kebetulan, tetapi dia tidak rasakan begitu. Ini cincin pertunangan Ana. Anya ingin membuang cincin itu dari jarinya dan lemparkan ia ke mana-mana tempat yang ia tidak akan dijumpai. Tetapi dia tidak boleh lakukannya. Ana yang patuh tidak akan lakukannya, maka Anya juga perlu menahan diri daripada melakukannya.

Dia menghembuskan nafasnya dan menutup matanya. Tidak lama lagi mereka akan tiba di kedutaan, dan Anya akan bertemu dengan ayah Ana. Perkara yang dia ketahui tentang ayahnya tidak membuatkan Anya berasa lega. Mungkin dia telah melakukan budi yang baik kepada Duke dan Duchess dari Weston, tetapi dia nampaknya memerintah rumahnya dengan cara yang kurang baik. Dia perlu menahan diri daripada bercakap lepas. Jika dia terlepas cakap perkara yang salah, dia mungkin akan menerima sebuah tamparan ke mukanya.

Perjalanan dengan Ida mengajarnya.

Selepas mereka meninggalkan rumah Duke dan Duchess, Ida telah bertukar menjadi wanita yang lain. Itu mungkin tidak berapa benar. Apa yang telah berubah adalah bagaimana dia percaya dia dapat memperlakukan Anya. Dia mengingati Anya tentang siapa yang lebih berkuasa dan jangan sesekali layaninya seperti yang Anya lakukan pagi itu. Arahannya mesti sentiasa dipatuhi atau dia akan beritahu perihal Anya kepada ayahnya – dan dia menyesalinya. Dia memandang Ida sepintas lalu – pengawalnya. Dia perlu fikirkan cara untuk mengelak Ida sebanyak mungkin. Dia perlu cari jalan pulang ke tempat asalnya dan keluar dari tubuh Ana, tetapi dia tidak tahu bagaimana caranya.

“Kamu sedang berkelakuan baik,” kata Ida. “Inilah apa yang kamu perlu lakukan. Ayah kamu menaruh harapan bagimu.” Dia menepuk lengannya. “Perjalanan ke London memang diperlukan, tetapi kamu tidak asal disini. Perkahwinan kamu akan berlangsung dalam masa beberapa bulan lagi, dan kamu perlu biasakan diri dengan permintaan suami kamu.”

Anya hampir termuntah. “Ya, Ida.” Anya tidak lagi dapat menerima sebarang komen dari Ida. “Saya akan banggakan ayah.” Itu seperti sesuatu yang dia perlu katakan, tetapi itulah perkara terakhir yang dia ingin lakukan. Semakin dia pelajari tentang Edward Wegner, semakin dia membencinya.

Kereta itu berjalan jauh dan akhirnya berhenti di hadapan sebuah bangunan yang besar yang mempunyai pagar tinggi kelilinginya. Mereka menanti untuk pagar itu dibuka, dan kemudian mereka masuk ke dalam. Kereta itu berhenti sekali lagi di pintu masuk. Tiba masa untuk dia berhadapan dengan segala yang dia ingin hindari.

Dia keluar dari kereta itu dan nantikan Ida. Apabila Ida sudah berada di sisi Anya, mereka berjalan masuk ke dalam kedutaan itu bersama-sama. Ini adalah satu-satunya perkara yang dia bersyukur adanya Ida. Banyak pendapatnya tentang pembantu rumah ini. Setelah mereka ke dalam, seorang lagi pembantu rumah menyambut kedatangan mereka. “Cik Anastasia,” lelaki itu menyambutnya. Dia berpakaian serba hitam. Rambut hitamnya hampir sama warna dengan sutnya, dan matanya yang berwarna biru kelabu terserlah. Warna unik itu seperti dia kenali. Dia tidak dapat pandang tempat lain, terpegun dengan kecantikan matanya. “Saya ditugaskan untuk menjadi pengawal kamu. Kamu tidak dibenarkan untuk meninggalkan kedutaan ini tanpa saya, tunang kamu, atau ayah kamu.” Dia tiada keinginan untuk keluar ditemani sesiapapun. Jika dia ingin keluar, dia akan cuba pastikan ia bersama pengawal barunya.

Anya menarik muka. Bagus. Sekarang dia mempunyai lagi seorang yang akan ikutinya ke mana sahaja. Dia menelan air liurnya dan mengangguk. “Saya faham... Encik...” Sudahkan dia memperkenalkan dirinya? Anya tidak dapat ingat ketika itu.

“Arthur Jones,” katanya dengan nada hambar. Dia terus memanggung kepalanya dan tidak bergerak walaupun seurat. “Cik.”

Dia seorang askar. Ini sesuai bagi seorang pengawal. Anya tidak memarahinya. Jones hanya melakukan tugasnya, tetapi itu tidak bermaksud Anya sukakannya. “Encik Jones,” katanya lalu tersenyum. “Saya tiada langsung niat untuk meletakkan diri saya dalam bahaya. Ini adalah saat yang berbahaya di Jerman, dan saya tidak ingin menjadi korban. Terima kasih kerana melakukan tugas kamu untuk memastikan saya selamat.”

Dia diam sejenak sebelum berkata, “Ya, cik.” Adakah dia ingat Anya akan merungut? Anastasia adalah seorang wanita sejati tanpa memerlukan pangkat Lady. Ana tahu apa yang dia diharapkan. Ida pastikan Ana tahu tempatnya dalam perjalanan ke Jerman. Ketika itulah ketegasan Ida menjadi jelas dan Anya cepat-cepat pelajari yang dia perlu simpan segala isi hatinya. “Baiklah,” dia mula berkata. “Izinkan kami pergi dahulu.” Dia memberi isyarat kepada Ida. “Perjalanan tadi sungguh jauh, dan saya ingin berehat.” Apa yang dia tidak katakan adalah dia perlukan masa untuk dirinya. Jika dia tidak ke biliknya, Ida tidak akan tinggalkannya sendirian. Dia tidak akan berasa bagaikan setiap gerak gerinya diperhatikan.

“Semestinya,” Jones berkata dan mengangguk. Dia memberi laluan kepada Anya dan Ida supaya mereka boleh bergerak melaluinya. Dia tidaklah sebegitu tampan, tetapi ada tarikannya. Di zaman yang lain, mungkin dia akan berminat dengannya.

Ana ingin memandangnya lagi sekali, tetapi dia berikan tumpuan kepada apa yang berada di depannya. Jika dia menunjukkan minat terhadap Arthur Jones, Ida akan pergi dan beritahu akannya. Lagipun, tiada apa pun akan berlaku. Anya tidak asal dari sini, dan Ana sudahpun mempunyai seorang tunang.

Anya merenung ke luar tingkap biliknya. Sudah seminggu dia berada di Jerman dan dia masih belum dapat jawapan bagaimana untuk pulang ke tempat asalnya. Dia mungkin perlu berputus asa dan menetap di sini. Mungkin dia boleh lakukan sesuatu yang produktif dengan masa yang dia ada pada tahun 1933 ini. Sebuah peperangan yang dasyat bakal berlaku dan ribuan akan berkorban nyawa. Jika boleh, dan jika dia cukup berani, dia mungkin dapat menyelamatkan beberapa orang yang menjadi sasaran kerajaan Nazi.

Mungkin itu sebab dia dihantar ke sini?

Anya mengeluh. Jika dia ingin melakukan perubahan, dia perlu keluar dari biliknya terlebih dahulu. Dia tidak akan dapat membantu sesiapa jika dia terus bersembunyi, terutama dirinya. Dia boleh pergi minta Arthur Jones untuk temaninya untuk keluar dari kedutaan ini. Satu-satunya perkara baik tentang mempunyai seorang Nazi sebagai pasangan tunang ialah dia dapat perlindungan. Tiada siapa akan mencurigai yang dia akan tolong orang Yahudi melarikan diri dari penganiayaan. Masalahnya sekarang adalah Anya tidak tahu bagaimana dia boleh cari dan tolong mereka yang memerlukan. Sekiranya dia dekati orang yang salah, dia boleh dibunuh atau lebih teruk. Ada perkara yang lebih teruk dari mati...

Dengan satu keluhan, dia berpaling dari tingkap dan bergerak ke arah pintu dan menarik ia buka. Jika dia ingin terus hidup, dia perlu ambil langkah pertama. Dia berjalan menyusuri lorong dan menuju ke pejabat ayah Ana. Memikirkan dia sebagai ayah Ana membuatkan perihal ini lebih formal dan tidak nyata baginya. Dia betul-betul tidak sukakan lelaki itu. Dia lebih kurus dari yang dia jangkakan. Anya masih belum berjumpa tunangnya, Dierk Eyrich. Dia berada luar bandar, sedang melakukan pemeriksaan di sebuah kem konsentrasi. Mereka tidak memanggilnya tetapi Anya tahu. Ia adalah salah satu kem paling teruk yang pernah wujud dalam sejarah – Buchenwald. Bukanlah Anya katakan yang kem lain adalah bagus. Semuanya teruk, dan banyak nyawa terkorban.

Dia mengetuk pintu pejabat Edward Wegner. Seketika kemudian, dia bersuara, “Masuk.”

Anya masuk ke dalam dan tunggu untuk dia bercakap dengannya. Dia duduk di belakang sebuah meja tulis mahoni yang besar, sedang menulis. Selepas beberapa saat membisu yang janggal, dia memanggung kepalanya. “Apa yang saya boleh lakukan untukmu, Anastasia?”

“Saya ingin meminta kebenaran untuk hadiri sebuah opera malam ini.” Dia rasa bagai ada sesuatu yang tersekat di tekaknya, dan dia cuba untuk menelannya, tetapi ia dengan degil kekal disitu. “Teater Negeri Berlin akan mengadakan sebuah persembahan terakhir Die Meistersinger von Nürnberg oleh Richard Wagner malam ini.” Anya ada terdengar isteri Duta besar menyebut tentang persembahan opera itu. Duta besar dan isterinya telah menerima jemputan tetapi mereka menolaknya.

Dia tidak langsung memandang Anya ketika dia mula bersuara, “Dierk tiada di sini untuk mengiringi kamu, dan saya tidak mahu menonton opera. Saya terlalu sibuk.” Dia kembali menulis dengan tekun. “Ini tidak penting. Cari benda lain untuk mengisi masa kamu. Apabila Dierk kembali, dia boleh melayani kamu.”

Anya perlu meyakinkannya. Pergi ke opera itu adalah langkah pertama dia boleh ambil untuk capai matlamaynya. Dia perlu sesuaikan diri dalam masyarakat Jerman. Bagaimana lagi caranya untuk dia jalani rancangannya mengenai penangkapan orang Yahudi? Dia tiada cara lain untuk mendapat informasi. “Saya masih ingin pergi. Tak bolehkah Encik Jones temani saya? Dia pengawal saya kan? Dia akan pastikan saya selamat dan dilayan dengan baik.” Anya harap Encik Jones tidak kisah melihat beberapa propaganda Jerman. Ia pastinya akan menjadi agak memualkan. Dia harap Encik Jones bukanlah seorang penyokong Nazi seperti Edward Wegner.

Edward memanggung kepalanya dan menemukan matanya dengan Anya. “Kamu mesti nak sangat tonton opera ini? Apa yang kamu harap kamu dapat darinya?”

“Pencerahan,” kata Anya. Itulah jawapan paling mudah yang lelaki ini boleh faham. Dia mesti sangka yang kaum wanita tidak boleh berfikir dengan bernas. Lagipun, dia sanggup serahkan anak perempuannya kepada seorang Nazi untuk kebaikan sendiri.

“Kamu harap kamu dapat belajar sesuatu?” Dia tergelak kecil. “Kamu?” Edward Wegner menggelengkan kepalanya seolah-olah itu adalah idea yang paling mengarut. “Kamu seorang wanita yang mudah. Saya tak rasa kamu boleh dapat banyak pengetahuan daripada opera itu. Ia akan tembus keluar dari otak kecilmu.

Anya mengetap giginya. Dia memang sangat teruk. “Saya nak tengok dan dengar sendiri pesanan yang akan disampaikan oleh opera itu.” Dia tidak berbohong. Walaupun dia tahu itu adalah propaganda pihak Nazi, dia masih ingin mendengarnya. Idea disebaliknya adalah semoga ia boleh membantu Anya untuk lebih memahami dan pelajari bagaimana caranya untuk dia membantu mereka yang memerlukan.

“Kalau ia sebegitu bermakna untuk kamu,” dia mula berkata, “Saya akan aturkannya dengan Encik Jones.” Dia meletakkan pen nya. “Saya nak kamu hadir persembahan itu sahaja. Kamu akan keluar sejam awal dan pulang dengan segera.”

“Terima kasih, Ayah,” kata Anya sambil memandang lantai. Dia mesti harapkan anak perempuannya ada sedikit rasa rendah diri. Jika Anya memandang matanya terus, Edward Wegner pasti tidak akan bertindak dengan baik. Arahan Ida tepat. Ayahnya mengharapkan Anya untuk bertindak dengan cara yang tertentu, dan jika dia gagal berbuat demikian, dia akan menghukumnya. Ida juga dengan senang hati telah menerangkannya. Anya tiada sebab untuk tidak percayakan pembantu rumah itu jadi dia memberi tumpuan kepada segala kata-kata Ida. “Saya akan lakukan seperti yang kamu suruh.”

“Pastikan kamu patuhi,” katanya dengan tegas. “Sudah. Pergi. Saya ada kerja untuk disiapkan, dan kamu sudah cukup menganggu.” Dia tiada hormat kepada anak perempuannya. Apabila dia selesai berurusan dengan Anya, dia berlagak seperti Anya sudah keluar dari bilik itu. Anya harap dia boleh membantu Ana. Mungkin selepas dia membantu orang Yahudi di Jerman.

Anya mengangguk dan menoleh untuk keluar bilik – bukanlah macam Edward Wegner perasan. Lagipun, dia tiada apa-apa lagi untuk bercakap dengannya, dan dia perlu pastikan rancangannya berjaya tanpa sebarang gangguan. Ia memudahkan Anya yang tunangnya tiada... walaupun dia jijik dengan apa yang menyibukkan Dierk Eyrich. Dia akan memanfaatkannya sebaik mungkin, juga dengan pengetahuannya tentang kem itu jika boleh. Dia boleh berlakon menjadi baik dan tidak bersalah untuk membuatnya beritahu tentang perkara yang tidak patut. Anya bukan lah seorang pelakon, tetapi pastinya tidak susah kan?

Dia menyusuri turun lorong dan kembali ke biliknya. Memandangkan dia sudah ada kebenaran, dia patut bersiap sedia untuk petang itu. Bermula dengan gaunnya. Selepas dia tahu apa untuk dipakai, dia akan sediakan mandian dan pergi berendam. Ia bukanlah petang yang seronok, tetapi tidak bermaksud dia tidak perlu berhias diri.


Вы ознакомились с фрагментом книги.
Для бесплатного чтения открыта только часть текста.
Приобретайте полный текст книги у нашего партнера:
Полная версия книги
(всего 190 форматов)