banner banner banner
Perkara-Perkara Merbahaya (Buku 3 Siri Perjanjian Darah)
Perkara-Perkara Merbahaya (Buku 3 Siri Perjanjian Darah)
Оценить:
Рейтинг: 0

Полная версия:

Perkara-Perkara Merbahaya (Buku 3 Siri Perjanjian Darah)

скачать книгу бесплатно

Perkara-Perkara Merbahaya (Buku 3 Siri Perjanjian Darah)
Amy Blankenship

Steven Wilder telah jatuh hati dengan si pengoda bersenjata-kelawar dalam banyak cara dari hanya jatuh ke lantai... dia mahu menyimpannya. Apabila mendapat tahu bahawa dia dijanjikan kepada kumpulan samseng memberinya sebab untuk menculiknya dan memaksanya menjadi pasangannya... untuk perlindungannya, semestinya.

Semua orang mengatakan terdapat dua jalan dalam hidup, tapi untuk Jewel Scott kedua-duanya seakan sangat merbahaya. Satu menuju ke Anthony, seorang pembunuh gila serigala jadian yang juga ketua kumpulan samseng bandaraya itu dan juga tunangnya... tanpa kehendaknya. Jalan yang lagi satu menuju ke Steven, seorang Harimau bintang jadian yang dipukulnya pengsan dengan kayu besbol pada perjumpaan pertama mereka. Dia membalas dendam dengan menculiknya dan memaksanya menjadi pasangannya. Steven Wilder telah jatuh hati dengan si pengoda bersenjata-kelawar dalam banyak cara dari hanya jatuh ke lantai... dia mahu menyimpannya. Apabila mendapat tahu bahawa dia dijanjikan kepada kumpulan samseng memberinya sebab untuk menculiknya dan memaksanya menjadi pasangannya... untuk perlindungannya, semestinya. Anthony Valachi telah menjadi taksub dengan Jewel semasa dia masih lagi kanak-kanak dan, di bawah undang-undang samseng, dia mempunyai kuasa ke atas bakal pengantinnya. Jika ada sesiapa yang fikir mereka boleh mencurinya dari dia mereka adalah salah... salah mati.

Perkara-perkara Merbahaya

Buku 3 Siri Perjanjian Darah

Amy Blankenship, RK Melton

Translator: Mohd Fazidin Jabar

Hak Cipta © 2012 Amy Blankenship

Edisi Kedua Diterbitkan oleh TekTime

Semua hak terpelihara.

Bab 1

Envy sibuk di dalam bilik tidurnya memasukkan barang-barangnya ke dalam beg baju kulit hitamnya. Dia berhenti dan merenung abangnya dan perasan dia sedang mengeluarkan barang-barangnya setiap kali dia pusing untuk mengambil barang-barang lain. Abangnya sangat menyibuk padanya sejak dia balik ke rumah dan dia mula rasa tertekan dengan abangnya itu.

“Tolong berhenti,” Envy meneriak sambil merampas segenggam baju dari abangnya dan balingnya kembali ke dalam beg baju. Dia melambung rambut merahnya yang panjang melampaui bahunya dan merenung tajam abangnya sebagai amaran.

"Tapi untuk keluar? Kamu cuma mengenalinya selama... seminggu? Kamu pasti ini yang kamu mahu lakukan?" Chad mengulangi seakan zikir.

"Jawapannya masih sama Chad," Envy beritahunya dengan tegas, menganggarkan berapa kali dia perlu bercakap sebelum dia betul-betul dengar. Dia merenung tajam pada abangnya dan, menganggapnya seperti budak bodoh, dia katakan perkataannya dengan perlahan, "Saya mahu tinggal bersama Devon, dan itu sahaja yang saya akan lakukan."

"Bagaimana kamu pasti bahawa dalam seminggu atau sebulan dari sekarang, dia tidak akan jumpa seorang gadis lain dan meninggalkanmu?" Chad menegaskan dengan gusar.

"Dia tidak akan." Dia teruskan mengemas, cuba menutup perasaan yang terngiang yang dia sedang melarikan diri dari abangnya. Dia seorang lelaki dewasa itulah yang sebenarnya, dan seorang polis juga.

"Kamu tidak tahu sebenarnya. Maksud saya, dia berjoget di kelab itu separuh bogel setiap malam dan kamu di belakang bar menyiapkan minuman kepada orang-orang liar", tegas Chad bersedia menarik keluar rambutnya. Apa yang dia betul-betul mahu buat ialah menjerit padanya kerana meletakkan dirinya dalam bahaya... dengan seseorang yang amat bahaya.

Envy berhenti mengemas dan memandang ke abangnya yang seorang yang amat disayanginya tapi mula perlahan. "Satu, saya tidak pasti. Dua, dia mungkin separuh bogel, tapi dia nampak bagus begitu. Tiga, saya boleh berjoget dengannya dalam kandang. Dan ke empat", dia menyandar dekat seakan berbisik sesuatu rahsia kecil yang kotor, "kamu perlu dapatkan aksi ranjang".

Chad merenung ke arah adiknya, "Saya tidak perlu aksi ranjang". Dia berdengus bila adiknya membeliakkan mata padanya.

"Ya, kamu perlu". Dia merentap buka laci dan mengambil segenggam baju dalam yang jarang.

"Tidak, tidak perlu". Chad menutup cepat beg baju itu sebelum adiknya boleh menambahnya pada apa yang diharapkannya cuma satu beg semalaman yang besar.

"Ya kamu perlu". Envy menggoncang baju dalamnya pada muka abangnya seakan membuat cadangan.

"Tidak saya tidak perlu". Dia merampas baju dalam itu dari tangan adiknya.

"Tidak kamu tidak boleh". Adiknya mengecam mata dengan marah.

"Ya saya boleh". Chad kaku kemudian menumbuk ke atas genggaman baju dalam itu. "SIAL!".

Devon ada di ruang tamu bersandar di dinding dengan betisnya tertindih dan tangannya di dalam poket seluar jeansnya... cuba untuk tidak ketawa terbahak-bahak. Pertengkaran mereka amat mengingatkannya tentang perhubungannya dengan adik beradiknya sendiri.

Dia boleh tahu bahawa Chad betul-betul sayangkan Envy, dan disebabkan itu, dia tidak akan menenangkan mereka. Chad buat apa yang dia bagus... dia menjadi abang pada seorang berambut merah yang garang. Tidak, dia tidak akan menenangkan mereka, tapi dia sanggup bayar untuk hanya melihat.

Devon ketawa terbahak-bahak kemudian cuba menutupinya dengan batuk-batuk tipu. Seseorang mengetuk pintu dan mata biru aisnya mengecam bertanya-tanya siapa yang buat lawatan pada adik beradik ini sebelum matahari terbit.

“Devon, boleh jawab itu untuk saya?" Chad meneriak.

"Baiklah", Devon jawab dan menolak dirinya dari dinding sebelum menuju ke pintu masuk. Dibuka pintu itu, dia tidak boleh menahan dirinya dari tersengeh pada muka Trevor yang terperanjat. "Hello Trevor, lama tidak jumpa".

Seperti dijanjikan, Trevor datang untuk bercakap dengan Chad mengenai apa dilihatnya di gereja. Perkara terakhir diharapnya ialah Devon Santos yang membuka pintu. Dengan reaksi kehilangan kawalan, Trevor secepat kilat melepaskan tumbukan dan terkena harimau kumbang itu di hidungnya... kuat.

Devon tersandung beberapa langkah dan mengesat darah dari hidungnya. Dia melihat padanya kemudian kembali ke Tremor, mendedahkan giginya. Sebelum Trevor bergerak, Devon menerkamnya keluar pintu dan ke atas laman hadapan.

Baju-baju terkoyak dan tertanggal sambil mereka berdua berubah menjadi bentuk haiwan. Devon mengelilingi beruang Kodiak itu dan terkam dengan terikan harimau kumbang yang nyaring. Trevor mengaum dan berdiri di kaki belakang sambil mencakar harimau kumbang yang memanjat belakangnya.

Di dalam, Chad dan Envy terdengar ngauman Devon dan berlari menerusi rumah itu ke pintu hadapan. Mereka kaku bila melihat Devon berlawan dengan beruang besar di laman hadapan. Polis itu cepat bersyukur mereka tidak tinggal berdekatan jiran-jiran yang boleh nampak.

Chad menutup suis mentalnya, menutup semua emosinya. Ianya kebolehan semulajadinya yang membuatnya selalu tenang dan tidak berperasaan... walaupun di tengah-tengah pertarungan tembak menembak. Dicapai sarung pistolnya, Chad mengeluarkan pistolnya dan menembak ke udara sekali untuk dapatkan perhatian mereka. Dia sedih bila mereka tidak terkejut dan dia ditumbuk di lengan kiri.

"Tolong beritahu seseorang bila kamu mahu menembak itu!" Envy menjerit sementara menutup telinga kanannya dengan tangan dan meneran kerana bunyi yang kuat.

Zachary keluar keretanya dengan kesal dan merenung pada dua budak-budak yang bergaduh. Sekali lagi, kepala yang tenang perlu meleraikannya. Dia tersengeh pada jenaka sendiri sebab tiada sesiapa yang akan mengatakannya seorang yang tenang. Dia mengangkat tangan-tangannya ke hadapan, dia tembak gelombang haba pada kedua-dua jelmaan tadi, membuatkan mereka terpelanting ke belakang bila satu jaluran api terpancar merentasi laman dan meleraikan mereka berdua.

"Jika kamu berdua tidak mahu bulu kamu terbakar, sila menjelma kembali ke manusia dan berlakonlah seakan kamu ada sedikit jatidiri", Zachary memberi amaran semasa tangannya mula menyala lagi. "Adakah kamu berdua akan berkelakuan seperti orang dewasa atau kanak-kanak, sebab ianya tidak bermakna apa-apa padaku?" dia senyum tenang sedangkan api menyala lebih tinggi dan bersedia untuk dipancarkan pada sasarannya.

Mengetahui bahawa Zachary akan lakukannya, Trevor berubah kembali dan merenung melintasi nyalaan api pada seterunya. Hanya melihat lelaki yang mencuri Envy daripadanya membuatkan darahnya mendidih dan perlu menumpukan mindanya untuk kekal dalam bentuk manusia.

Devon berubah juga tapi masih dalam posisi menyerang, tidak mempercayai Trevor jika dia berpeluang membantainya. Perhatiannya terganggu sementara bila terdengar laungan Chad "Ya Tuhan" dan cepat-cepat memandang ke arah adik beradik itu. Melihat Envy terperanjat melihat Trevor... yang sekarang bogel, Devon menyingai mahukan perhatian Envy yang sepatutnya... kepadanya.

Envy mengosok dahinya bila melihat kedua-dua lelaki itu bogel, bernasib baik cuma cedera ringan. Devon telah menunjukkan betapa cepat haiwan jadian boleh sembuh jadi dia tahu ianya tidak seteruk yang dilihatnya pada mereka. Perhatiannya tertumpu pada Trevor, masih terkejut yang dia pernah bercinta dengan seekor beruang begitu lama tanpa mengetahuinya.

Trevor tersengeh kerana tahu singaian Devon adalah bunyi cemburu yang membuak-buak... memang patut untuk harimau kumbang itu.

Chad berkelip memikirkan siapa yang memberinya kecelakaan ini. Selalunya yang tenang dalam situasi mencabar, dia menarik nafas panjang dan melangkah keluar pintu dan berdiri tegap. "Ini rumahku, jadi kita ikut peraturanku. Envy tinggal bersama saya, dan semua yang bukan manusia boleh pergi". Dia cuba menutup pintu tapi Envy menolaknya.

"Tidak tanpa pasanganku", Devon menyingai cuba meminggirkan efek bergema yang dirasainya. Celaka, siapa tahu Trevor sangat kuat? Pengetahuan itu tidak menyenangkannya.

"Pakai pakaian kamu", Envy berkerut kemudian berpaling melihat ke arah Zachary. Nampak dia dan Trevor seakan adik beradik, warna kedua-duanya sama. Yang bezanya cuma Zachary berambut pendek dan sedikit lebih tinggi. "Okay, saya tahu siapa mereka... tapi siapa kamu?".

Zachary membongkok keanggunan, "Kamu boleh panggilku penjaga", dia tersenyum sementara api mula padam. "Seorang penjaga untuk kedua-dua manusia dan makhluk paranormal", dia perbetulkan diri dan menjeling ke arah Trevor. "Kamu tidak beritahunya apa-apa?".

"Tidak, dia tidak", Envy menjeling kotor pada Trevor seperti sepatutnya kemudian berpaling balik ke Zachary. "Penjaga? Apa maksudmu? Dan adakah kamu dan Trevor adik beradik?". Dia tidak boleh tahan dari bertanya.

"Ia bermaksud kami melindungi kedua-dua belah antara satu dengan yang lain", Trevor menjawab dan menambah, "Dan tidak. Jika keluarga yang dimaksudkan, saya tiada itu".

“Oh, sekarang kamu ada banyak infomasi", bebel Envy.

"Saya cuba beritahumu", Trevor mengingatkannya sambil memakai seluar ganti yang dibaling Zachary padanya. "Bukan salahku jika kamu tidak mendengar".

Bibir Envy mengorak untuk marah tapi terkedu... dengan rasa bersalah mengingati malam terakhir dia melihat Trevor. Dia beritahunya dia berurusan dengan C.I.A. tapi Envy tidak percayanya. Envy memarahinya kerana ingat dia bodoh untuk percaya pembohongan yang dibuat-buat. Bagaimanapun, macam mana dia boleh percayakannya bila dia berjoget dengan berahi bersama wanita lain?.

Disebalik itu... dia beritahunya ianya samaran kerjanya. Envy mengerut bila sakit kepalanya bermula dan berpendapat Trevor adalah bajingan yang lebih teruk dari yang disangkanya kerana membuatnya berfikir begini.

Chad melihat pada harimau kumbang sebelum masuk ke dalam. Dia keluar beberapa saat kemudian dengan seluar jeans dan melemparnya pada Devon.

"Kami tidak perlu bantuanmu", Devon menyatakan sambil menzip jeans kemudian berjalan ke arah Envy dan memeluk pinggangnya.

"Oh, ya? Saya selamatkan adik kamu semasa kamu sibuk mencuri kawan perempuanku", Trevor bertindakbalas sebelum merenung kepanasan pada Envy.

Envy membulatkan matanya dan merenung mata Trevor yang biru-perak itu. Dia boleh nampak kemarahan di dalamnya dan ia membuatkan hatinya tercengkam tidak selesa. Dia bukan membencinya. Yang sebenarnya, dia masih sayangkan Trevor... cuma bukan macam dia sayangkan Devon. Bibirnya terbuka untuk menerangkan, tapi Devon lantas memintasnya.

"Kenapa kamu ke sini? Kamu mengikuti kami?" tanya Devon, tidak suka bahawa Trevor sentiasa menyusahkan Envy. Envy sudah membuat pilihan dan Trevor patut menerima hakikat kecil itu sebelum ia menyakitinya.

"Sebenarnya, dia ke sini berjumpaku", kata Chad setenang yang boleh. Memandang ke arah adiknya, dia memegang tangannya dan menarik perlahan sementara memandang merentas bahu adiknya ke Devon. "Jika kamu tidak keberatan, saya mahu seminit dengannya secara peribadi".

Pada saat Devon melepaskannya, Chad menariknya ke dalam dan menutup pintu. Dia terpaksa menghentikan dirinya dari mengunci pintu itu. Lagipun, selepas apa yang disaksikan di laman, kunci bukanlah boleh menghindar apa-apa.

"Kamu pasti kamu tidak mahu tinggal di sini satu malam lagi? Untuk kewarasan saya?" rayunya, walaupun dia tahu dia kehilangan kawalannya beberapa masa yang lalu.

Envy meletakkan tangannya mengelilingi abangnya dan memberinya pelukan yang dia perlukan, kemudian melangkah ke belakang dan memandangnya, "Saya tidak boleh. Kamu nampak apa yang berlaku di gereja malam ini. Semua orang lari, jadi Warren sedang cuba menganjurkan satu pertemuan seawal pagi nanti".

Dia memandang ke pintu sambil satu lagi fikiran muncul. "Lagipun, tinggal bersama mereka mungkin lebih selamat sekarang. Yang sebenarnya, saya akan telefon dan beritahumu bila boleh datang ke pertemuan itu dan jika ia di Dansa Bulan atau Cahaya Malam. Saya mahu kamu buat suatu untukku. Bawa Trevor dan budak api ke pertemuan itu, sebab jika apa yang saya dengar itu betul... kami perlukan semua pertolongan yang ada".

"Langsuir?" tanya Chad seperti seorang polis semula sementara menggosok belakang lehernya di mana bulunya sedang naik tegak.

Envy mengangguk, kelihatan sedih, kemudian menggeleng kepalanya, "Langsuir ya, tapi ada juga jembalang yang terlepas dan...".

Chad mencapai dan memegang tangan Envy, "Jembalang? Tiada sesiapa kata apapun berkenaan jembalang!".

Envy menarik nafas dan mengangguk, berharap yang apa yang akan dikatanya akan menenangkan abangnya, "Ya, jembalang. Berita baik adalah kita ada dua maklaikat bersama kita". Dia memberinya senyuman tawar dan harap dia tidak pengsan.

"Maklaikat?" Chad melepaskannya dan bersandar pada dinding, "Ya Tuhan".

"Tepat sekali", Envy mengangguk melihat abangnya mmengurut rambutnya seakan ingin menariknya keluar. "Sekarang kamu berbincang dengan Trevor. Boleh kamu buat itu untukku? Bawa dia dan Zachary ke pertemuan itu esok". Dia menggigit bibir bawahnya tidak mahu membuat heboh. "Dan sebagai balasan, saya tidak akan ambil barang-barang saya malam ini... jika itu membuatmu berasa lebih tenang".

Chad mengangguk dan memberinya senyuman, "Setuju".

Dia buka pintu untuk kedua mereka keluar tapi terkaku melihat Zachary berdiri antara kedua-dua lelaki itu dengan tapak tangan berapi mensasarkan mereka.

“Oh sayang, kita perlu pergi", kata Envy dan meluru keluar pintu mencapai tangan Devon sambil bergegas ke arah kereta Devon.

Trevor mula mengikut tapi Zachary memintasnya, "jangan bergerak, budak penyayang. Kita perlu berbincang dengan abangnya dahulu".

"Mari masuk dan saya akan buat kopi", Chad pelawa, diikuti dengan keluhan terimakasih bila Trevor berpusing dengan marah dan berkawat masuk rumahnya seperti seseorang yang ada tugas penting. Dia mengangguk bila Zachary mengikut Trevor masuk, kemudian tutup pintu mengingatkan dirinya apa yang telah dia lakukan.

Sebaik sahaja mesin membuat kopi dipasangkan, Chad bersemuka dengan kedua-dua pelawatnya. Pada masa ini, dia ada lebih soalan dari jawapan dan itu pun tidak banyak membantu. "Sekarang kenapa Envy mengatakan ada jembalang berkeliaran? Dia juga beritahu bahawa Warren memanggil semua ke satu pertemuan esok berkenaan apa yang berlaku malam ini dan dia mahu ketiga-tiga kita masuk ke situ".

Trevor tidak boleh mengelakkan senyuman kecil di bibirnya. Jadi Envy mahu dia membantu... mahu dekat dengannya. Dia tidak menyalahkannya. Sedaya upaya Devon melindunginya, dia sesungguhnya merasa tidak selamat. Mengetahui Envy memerlukannya membuatkan saki-baki kemarahannya hilang.

"Kita perlu masuk pertemuan itu macam mana pun". Dia memandang Zachary yang mengiakannya. Dia tersenyum lagi bila teringat akan berjumpa Envy lagi dalam beberapa jam. "Saya rasa ini masanya beritahu kamu apa yang berlaku".

Dia secara peribadi tidak selesa menggunakan posisinya untuk mendekati Envy lagi. Dia pun sedar bagaimana ianya dilihat oleh orang lain. Devon cuma fikir dia perolehi Envy tapi itu jauh dari kebenaran. Lagipun, dia selalu gunakan abangnya untuk dekat dengan Envy dan membuat kerja pada masa sama. Devon akan belajar beralah dalam percintaan dan peperangan... dan semoga penjelma-bentuk terbaik menang.

"Saya sedia mendengar", Chad merungut dan memeluk tubuhnya untuk mendapatkan perhatian Trevor dari lamunannya. Dia tidak fikir dia psikik tapi dia seakan boleh membaca Trevor sekarang.

"Kita tiada maklumat lengkap berkenaan jembalang itu, cuma dia terperangkap di sini beberapa dekad. Kewujudannya melangkau semua yang kita ada dalam rekod di P.I.T. tapi kita masih mencari bukti", Zackary memulakan dan berharap Trevor menyokongnya.

"Jadi kamu tahu satu jembalang dipenjarakan di bawah tapak kubur under entah berapa lama dan kamu tidak buat apa-apa mengenainya?" bentak Chad.

Trevor membeliakkan mata padanya, "Apa yang kamu mahu kami buat mengenainya? Bantu ia bebas? Ia terperangkap di situ dan kita tidak tahu pun bagaimana satu maklaikat yang jatuh dan satu langsuir boleh memecahkan mantera yang menguncinya".

"Jatuh?" tanya Chad. "Maksudmu salah satu dari maklaikat Envy beritahuku?".

Zachary mengganguk, "Ya, kita kenal mereka dalam masa yang lama. Kami juga tahu ada yang lain, tapi belum jumpa mereka lagi, dan yang jelas ada dua maklaikat yang jatuh tinggal di dalam bandar ini tidak pun kenal sesama mereka yang terperangkap di dalam gua itu sehingga satu darinya turun ke dalamnya".

"Kita juga ada seseorang yang tahu bagaimana berurusan dengan jembalang", tawar Trevor. Dengan nasib baik, dia boleh mencari jalan jika kita panggil dia".

"Ianya belum terlambat untuk berhenti", Zachary berkata pada Chad. "Cuma beri keputusan dan kita boleh menghilangkan memori kamu tentang kejadian ini".

Chad membisu dan menuangkan kopi untuk ketiga-tiga mereka. Dia seorang polis sepanjang hayatnya sebab dia mahu berbuat baik. Lebih dari sekali, dia rasakan dia tidak berbuat yang cukup. Sentiasa terdapat satu lagi pengedar dadah, satu lagi pembunuh, satu lagi pesalah trafik... Ianya tidak akan berakhir. Tapi apa yang Trevor dan Zachary lakukan adalah suatu yang baik... kebaikan yang Chad mahukan.

Mengambil masa lama untuk minum kopinya, dia letakkan cawannya dan menggangguk sekali. "Saya ikut".

*****

Angelica rasakan telefon adalah lebih jahat dari jembalang bila telefonnya berdering pukul tiga pagi. Melihat pada ID pemanggil, dia mengecam matanya dan mengangkat telefon. Sambil memasangnya, dia menguak rambut hitamnya ke tepi dan letakkan telefon itu ke telinga.

"Melainkan dunia sedang hancur, lautan bertukar merah, tujuh wabak Mesir kembali, atau kamu sudah hampir mati, semestinya ada sebab untukmu membangunkanku", katanya menyingai.

"Aw, bertenang Boo... adakah itu cara bercakap dengan beruang-Zacky kamu?".

Angelica letak telefon dan berbaring semula atas bantal. Dia baru sahaja tertidur bila telefonnya berdering lagi. Tanpa melihat telefonnya, dia pasangnya dan bercakap semula.

"Saya akan tangkap kamu, Zachary", dia menggumam. "Kamu dan anjing kecilmu juga".

"Oh ya, siaran ulangan Ahli Sihir Oz", Zachary tercungap dan Angelica tersenyum rahsia dengan telatahnya, gembira Zachary tidak boleh melihatnya.

"Apa kamu mahu?" dia duduk, tolak rambutnya ke tepi muka.

"Kami ada suatu yang jahat bernama Misery", Zachary beritahu.

Angelica lantas bangun dari katil dan pasang lampu. "Berapa besar?".

"Tidak pasti, tapi saya jangka ianya tahap tujuh". Dia tersenyum pada telefon kerana tahu itu akan mendapatkan perhatiannya... dan dia memang sukakan perhatian Boo.

Angelica berjalan keluar ke ruang tamu dan pasangkan komputer bimbitnya. Dia menaip beberapa perkara dan berkerut.